Maaf...
Maaf semaaf-maafnya
saya tujukan kepada
semua blogger and reader
Saya sedar sejak sehari dua ini saya telah menterbitkan catatan yang Merapu-rapu untuk dibaca. Saya telah terbabas dari landasan sebenar saya untuk menjadi seorang Blogger. Sedar tak sedar sudah hampir setahun saya menjadi seorang blogger . Dan pada mulanya saya sebenarnya ingin meletakkan karya-karya puisi yang sering saya karang di dalam blog ini. Tapi sejak akhir-akhir ini entah mengapa saya telah jauh menyimpang daripada niat sebenar saya.
Sukuralhamdulillah tak sia-sia saya meminta tunjuk ajar daripada seorang blogger ni. Beliau banyak menasihatkan saya bagaimana hendak menjadi seorang bloger yang baik dan bagaimana pula untuk menarik pembaca untuk melawat ke blog kita. Beliau turut berkata, supaya saya tidak menjadikan blog ini sebagai e-diary semata-mata dan tak salah sebenarnya ingin mengkongsikan cerita tentang kita pada hari tertentu tapi tak perlulah sampai menyebarkan url blog kita.
Jika difahami betul-betul sebenarnya Besar juga tanggungjawab kita sebagai blogger. Kerna melalui penulisan kita lah para pembaca akan mendapat info-info & isu semasa. dan kekadang melalui penulisan kita juga boleh mendatang Fiknah dan dosa kering sahaja. Oleh itu, sebagai blogger yang berhemah kita seharusnya pintar untuk menulis ENTRY yang baik selain menarik.
...........................................................................................................................................
- Jom bersama kita menjadi blogger yang berrhemah.
- janganlah disebabkan gilakan traffic feed kita sanggup mengarang cerita yang bukan-bukan.
- terima kasih buat si PENASIHAT.
- Mari jadikan blog kita tempat orang belajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan