Akhir Sebuah Perjalanan
Hari ini sememangnya sudah tidak dapat di undur lagi. Hari ini adalah hari terakhir kami disini. Segala yang telah kami lalui hanya bisa menjadi kenangan manis buat tiap satu daripada kami.
Hari ini kami mulakan dengan satu serapan pagi yang meriah sanggat. Konon-kononnya mahu habiskan bekalan makanan agar beban di beg nanti berkurangan. Lagi pula, Walaupun hari terakhir perjalanan kami masih jauh lagi..
Serapan terakhir kami bersama ( buat hiking ini saja. ) |
Seperti kebiasaannya, selesai sahaja serapan kami melaksanakan tugasan terakhir kami di KG tersebut iaitu mengambil T.Tanggan Ketua Kg dan mengukur ketinggian Menara RTM. Dan ketinggi yang kami dapat ialah 240 kaki.
Selesai saja kami dari menara. seperti biasa kami akan membersihkan kawasan perkemahan kami. Dan masih tergiang kata-kata pengiring kami setiap kali kami membersihkan tapak. " Pengakap kalau membersih, mereka tidak akan meninggalkan sedikitpun jejak mereka " maksudnya disini kami haruslah membersihkan kawasan tersebut dengan sebersih-bersihnya.
Pagi ini lain daripada pagi lainnya. Sebelum bertolak Pengiring kami meminta agar kami meluahkan perasaan tentang PERJALANAN HIKING kami dan mengkongsikan segala pengalaman yang kami dapat. Sejujurnya memang payah untuk mengucapkan selamat tinggal kerna itu lebih baik mentangisi sebuah pertemuan daripada sebuah perpisahan kerna perpisahan pasti ada.
Dalam perjalanan pulang, Kami sempat lagi singgah untuk menikmati buah-buahan orang Kg buat kali terakhir. Dan sepertinya Buah jambu sudah menjadi buah rasmi buat kami. Kerna saat kami tiba kami disambut dengan buah jambu dan begitu juga waktu pulang. HaHahaaa !! lucu sekali bila mengenangkan semuanya..
Tampaknya Niat kami termakbul pada hari terakhir ini. Niat kami sejak awal lagi mahu hiking dalam hujan dan akhir nya dalam perjalanan balik kami terpaksa jalan dalam HUJAN yang cukup lebat ini adalah disebabkan kami juga perlu mengejar masa untuk mengakhiri perjalanan kami ini.
Akhirnya, perjalanan kami berakhir pada jam 6.35 Pm. dan masing-masng dengan berat hati mengucapkan selamat tinggal. Tapi ini bukan lah detik terakhir pertemuan kami. Ini adalah datik permulaan PERSAUDARAAN kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan