Selasa, 7 Jun 2011

Hiking Part 4

Klonklusi Sebuah
Perjalanan....



          Klonklusi daripada perjalanan ini, Pelbagai pengalaman yang telah kami peroleh dan pelbagai kenangan turut terrakam di kotak minda yang pastinya suatu hari nanti menjadi cerita kepada generasi Kelana Inanam seterusnya.

          Selain itu, Kami turut belajar untuk menanggisi sebuah pertemuan kerna pertemuan itu sesuatu yang sangat berharga dan perpisahan itu suatu  yang pasti. Dan ini juga merupakan 1st time saya mengikuti pengembaraan sebegini. Tak pernah pun sebelumnya saya akan berjalan sejauh 30-40 Km dalam masa 3 hari sahaja. Yang pastinya saya dan yang lain juga sangat berbangga dengan KEBOLEHAN dan KESUNGGUHAN kami untuk berjaya dalam misi ini.

peta dan kompas turut banyak berjasa dalam perjalanan ini

        Bayangkan saja, kami berjalan dari bukit ke satu bukit dalam berberapa jam sahaja.. Pastinya membuatkan aku tercenggang dengan kemampuan diri. Kelelahan yang di tanggung terbalas dengan KEPUASAN yang amat-amat besar..

 




          Dalam pada itu, tidak dilupakan juga kepada 2 orang penggiring kami yang sangat-sangat berpengalaman dan agak nakal orangnya !! hahaha  !! Tanpa mereka berdua pastinya kami tidak akan berjaya dengan jayanya melaksananakan segala ujian yang dipinta..

Mereka yang berpengalaman
           Pastinya banyak kenangan manis yang tak akan pernah terlupa antaranya bila kami mendaki bukit yang juram, mandi sungai ( pastinya ) , makan bersama di Kg Poring-poring, pemandangan yang indah di puncak dan BANYAK lagi jika hendak di ceritakan !!



          Apa yang pasti. ikatan silaturahim adalah perkara terpenting dalam pengembaraan kami. Kerna tanpa ikatan tersebut, pastinya kami akan menjadi pentingkan diri dan saling tidak tolong menolong. Sepanjang perjalanan ini juga kami tidak pernah BERHENTI untuk ketawa dan bergurau senda antara satu sama lain. Dan ini lah akhirnya entry hiking 3 hari 2 malam aku bersama mereka. Nikmatilah Gambar-gambar telatah kami bersama...



 

 


         






2 ulasan:

  1. Wah... memang seronok kalau dapat hiking dgn kawan-kawan... :)

    BalasPadam