Sabtu, 18 Jun 2011

Aku Dan Pilihanku




Entah
Benar atau tidak
Pilihanku kali ini


Tapi siapalah yang tahu
salah dan benar
satu pilihan manusia
mungkin salah pada anggapan
MEREKA
tapi BENAR pada takdir



Mungkin disana
Akan terasa hati
kerna aku terpaksa
MERAHSIAKAN semua ini seketika
Dan pastinya akan
ada suara SUMBANG
bila membicarakannya
Tapi aku mahu mereka tahu
NIAT Ku
Tidak pernah lari daripada
menuntut ILMU dan pastinya
menimba lebih PENGALAMAN
dan aku tiada kena mengena dengan
Persengketaan
antara mereka


Walaupun sebenarnya
aku cukup takut
jika keputusan ku ini akan
disalah TAFSIR pula
Tapi biarlah ku laluinya
sahaja...
Ku percaya jika semuanya
sudah tertulis di TAKDIR ku
Tiada siapa bisa mencegahnya

2 ulasan:

  1. lakukan mengikut kata hati...kata yakin pada diri...kata semangat pembakar nurani...kata berserah pada ilahi...tawakkal....

    BalasPadam