Isnin, 6 Jun 2011

Hiking Part 1

Bermulanya
Sebuah Pengembaraan



03.06.2011
Bermulanya sebuah perjalan
untuk menjalani sebuah
ujian yang akan
Menguji kemampuan diri


          Pastinya perjalan hari pertama itu sungguh memenatkan !! Apa tak nya.. Crew kami yang terdiri daripada 2 pengiring ( lelaki ) dan 8 peserta ( 5 lelaki dan 3 wanita ) terpaksa mendaki bukit yang agak tinggi juga dan terpaksa membawa beban yang cukup berat di bahu masing-masing.


          Walaupun pada mulanya aku berasa sanggat kekok dalam kumpulan ini kerna aku merupakan ahli baru dalam persatuan ini tetapi semuanya telah tidak menghalang aku untuk meneruskan perjalanan sejauh 30-40 km ini. Walau bagaimanapun, kekekokan aku tidak berpanjangan kerna ahli crew yang lain sungguh prihatin dengan ahli yang lain dan sangat PERAMAH.


             



          Dalam perjalanan hari pertama ini perjalanan kami dikehendaki melalui 3 buah Kg dan setiap satunya kami haruslah mendapatkan cop daripada Ketua Kg untuk pengesahan. Dalam perjalanan hubungan silaturahim antara kami mula erat dan perjalanan kami juga menjadi mudah dengan sikap saling membantu antara satu sama lain. 

          Apa yang tidak aku dapat lupakan dalam perjalanan hari pertama ini adalah saat kami singgah untuk makan tengah hari di Kg Poring-Poring. HahAhahaa  !!  apa yang lucunya kerna waktu ini kami kami berkongsi bekalan makanan dari rumah yang beraneka jenis dan rasa. Kepenatan sudah tidak terasa pada waktu ini. Dalam masa yang sama GURAUAN daripada rakan crew tidak pernah mengeringkan gusi  !!


         Destinasi seterusnya ialah Kg Dondonggon dan disitulah Kami akan Bermalam .. Woww apa yang memberi aku semanggat pada waktu ini ialah bila terdengar KHABAR yang mengatakan disana mempunyai sebuah sunggai yang sanggat cantik ! dan itu terbukti apabila kami sampai disana. Airnya cukup jernih dan sejuk. Cukup mendamaikan dan menghilangkan semua KEPENATAN aku hari itu... Seperti tidak mahu saja aku berhenti untuk mandi.





         
         Yang pastinya perjalanan hari esok adalah lebih mencabar daripada hari ini. Dan malam ini kami semua dipinta untuk berehat secukup-cukupnya untuk mengumpul tenaga. 


Antara Gelagat 
Pada Hari Pertama

        






   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan