Jumaat, 24 Jun 2011

Minggu Ini
Kelelahan dan Kebodohan manusia
Sempurna yang TERSERLAH




Waaaa  !!
Dahsyat sungguh bunyi tajuk
Entry saya kali nie yaaaa...



Tentang Kelelahan
Yeaa
minggu ini aku teramat-amatlah
sibuk dengan latihan Randai
Almaklumlaaa...
Minggu depan
show akan bermula


Pastinya Sang Pengarah
Bertungkus-lumus
untuk menyiapkan
segala sesuatu



Tentang Kebodohan
Benar kata ustaz
Hanya membazir tenaga
dan membuang waktu saja
memikirkan masalah tentang si manusia
Sempurna itu
(kononnya)

Lantak la
kalau dia mahu
Bawa semua kawan baiknya
boycott "
aku kononnya yang jahat
Dan aku tergelak sendiri saat melihat
tingkah mereka yang pelik
dan secara mendadak berubah angin



Hairannya
Mereka kata mereka ini
Tersangatlah arif tentang
Agama
tapi pada hakikatnya
Tudung labuh itu hanya seperti
" Lagakmu saja "
Dan sikap sopanmu yang kononnya
ada itu seperti
" Wanita melayu terakhir ! "
Kerna apa mengata begitu ?
Kerna kau perhatikan sajalah tingkahmu ITU
Dan aku pasti kalian akan
sedar dengan hakikat
yang sebenar



Sebenarnya aku sangat hiri hati
dengan persahabatan kalian
kerna
bila satu makan T***
semuapun ikut walaupun tahu
itu sangat MENJIJIKAN
dan pada pandangan aku kalian
itu tidak lebih seperti kerbau
yang diikat dengan tali


Ahhh
sudahlah tentang kalian
kerna banyak benda yang
lebih berfaedah lagi
harus aku lakukan
Dan nasihat buat kawan baik manusia
sempurna
Jangan hanya menjadi
PAK TURUT saja



........................................................................................
AMARAN !!

  • Entry ini hanya luahan hari si PENULIS saja





Ahad, 19 Jun 2011

Seni Randai



Mungkin sesetengah daripada kita
tahu apa yang dimaksudkan dengan
" Randai "
Haaaaa
itu lah yang aku pelajari hari ini


Sebenarnya aku
telah ditawarkan untuk menjadi
pelakon dalam sebuah teater
yang di gabung dengan seni randai ini
( watak kecil jaa... )
Dan sebenarnya ini adalah
kali pertama
Aku dan berberapa
orang rakan
membawa konsep ini



Tampak seperti mudah
tapi sebenarnya sangat
payah untuk
membawa konsep randai ini
Walaubagaimanapun..
Alhamdulillah kami dapat juga
membawa konsep ini setakat ini

haa ini lah poster kita orang !!
sory kabur sikit...

Apa-apapon..
Teater kami ini akan
dipanggungkan di DBP Sabah
pada 30 june - 2 july ini
Oleh itu
sesiapa yang berdekatan tu
di jemput hadir 
hehee
tiketpun tak la mahal sangat


Sabtu, 18 Jun 2011

Aku Dan Pilihanku




Entah
Benar atau tidak
Pilihanku kali ini


Tapi siapalah yang tahu
salah dan benar
satu pilihan manusia
mungkin salah pada anggapan
MEREKA
tapi BENAR pada takdir



Mungkin disana
Akan terasa hati
kerna aku terpaksa
MERAHSIAKAN semua ini seketika
Dan pastinya akan
ada suara SUMBANG
bila membicarakannya
Tapi aku mahu mereka tahu
NIAT Ku
Tidak pernah lari daripada
menuntut ILMU dan pastinya
menimba lebih PENGALAMAN
dan aku tiada kena mengena dengan
Persengketaan
antara mereka


Walaupun sebenarnya
aku cukup takut
jika keputusan ku ini akan
disalah TAFSIR pula
Tapi biarlah ku laluinya
sahaja...
Ku percaya jika semuanya
sudah tertulis di TAKDIR ku
Tiada siapa bisa mencegahnya

Khamis, 16 Jun 2011

Aku Yang 
Jatuh Cinta Padanya..



Iyaa
Aku sedang diserang " Angau Bercinta "
Walaupun pada mulanya
aku tidak yakin
Dengan perhubungan ini
Tapi
Semakin hari aku semakin
" Cinta.. "


HaHaHa  
Pasti Ramai yang tertawa
saat membaca ENTRY 
Jiwang menjiwang ni kan ?
ermmm
biasalah bila orang sedang
BERCINTA
pastinya dunianya
seolah-olah berbunga selalu
Malah peria yang pahit
dimakan manis rasanya



Walaupun sejak
akhir-akhir ini
BANYAK
persengketaan yang berlaku
dalam kehidupan seharianku
Tapi satu percintaan ini
Banyak mengurangkan
Kepedihan hati


Cinta pada yang SATU
juga kian bertambah hari demi hari
Seperti kata Ustaz,
" hidup ini sebenarnya mudah,
cuma dipersulitkan sahaja dengan
perundangan yang direka
oleh manusia itu sendiri.
Sedangkan undang-undang
dunia-Nya mudah
sahaja dilupakan dan
ditinggalakan. "


Rindu padanya....

Sabtu, 11 Jun 2011

Hiking Bandar + Kandang Kuda
( Projek f(x) )


Haaa ...
Masih ingat tak lagi Post saya
sebelum ni tentang Projek f(x) ni ??
Alaaa projek nak Photoshot di 
KANDANG KUDA tu ??


          Sukuralhamdulillah... Hari ni saya dan dua orang Kawan telah berjaya menjayakan projek kami ni !! HAHAHAAA ~~ walaupun sebenarnya tak berjalan LANCAR sangat seperti yang kami inginkan apa taknya dari pagi hingga petang Negeri di bawah bayu ini di limpahi dengan hujan...


         Selain tu, ni nak cerita sikit CERITA lucu kami hehehe ~~ Nie kira first time kami la ni Pegang Kuda.. Dan rupanya kuda tempat kami pergi nie TAK SEBERAPA PERAMAH !! mean tak jinak lagi la.. tu la pasal nak ambil gambarpun payah semacam saja.. 


Haa tengok sajalah gambar ni..
mata saya juling semacam mana taknya
kuda tu meragam tiba-tiba !!
HaHaHAA !!

          Bermacam-macam gaya kami ni nak bergambar tapi terhalang sebab tingkah kuda tersebut selain tue sebenarnya tempat tu pun LICAK juga hehee....



Thanks untuk
semua pihak yang telah
membantu kami
untuk menjayakan projek
kami ini...


Terutamanya
Kepada dua orang
sahabat saya 
walaupun kami sempat sesat sekejab
dan PENAT berjalan
kaki menuju DESTINASI


HaHaHa
Today
Is Very Nice Day
for me..


Jumaat, 10 Jun 2011

Wanita dan TudungMu


          Heyyy Blogger !! ok macam sensitive pula tajuk ENTRY saya kali nie kan ?? urmmm ... WHAT DO YOU THING ?? Tak kisah la.. sebab disini sebenarnya saya hanya ingin mengutarakan PENDAPAT saya.. So jangan marah-marah ye...


          Sebenarnya, dah lama saya nak buat entry ni, tapi ye la sejak kebelakangan ni banyak sangat isu yang menimpa diri dan saya pun DAH mula MELUPAKAN semuanya. Ye la kata orang " SUAMI ISTERIPUN BOLEH BERGADUH APA LAGI KAWAN_KAWAN KAN ? ehhh  !! dan lari dari TOPIK nie..


          Ok sejak kebelakangan ni, mengikut perhatian saya banyak FESYEN tudung telah di keluarkan dan yang paling POPULAR pasti lah tudung URBAN ( kalau tak salahlah ). Dan sejujurnya saya sendiri sangatlah tertarik hati bila melihat gadis melayu kita bertudung mengikut fesyen tersebut, Tapi sayangnya, ada sesetengah masyarakat kita nie bertudung macam LAIN jaaaa.... Dan bila dilihat dah MACAM MAHLUK ASING !!


          Mana taknya saya cakap macam tu, ada sesetengah ni pakai tudung tapi guna baju lengan pendek dan seluar jeans ketat. APA kes nie SAUDARI ? ni nak tutup aurat ke nak BERFESYEN ?? ermmm.. saya rasa anda sendiripun sedar dengan isu sebeginikan ? DAN ada juga yang bertudung tapi pakai baju ketat menampakkan BENTUK BADAN. Saya pun tak FAHAM dengan pemikiran mereka ni..


          Tak salah sebenarnya jika kita WANITA BERTUDUNG ni nak bergaya dan BERFESYEN, tapi kena dengan keadaan dan sesuai dengan dirilah orang cakap. Yela, saudari juga harus faham apa DIFINISI pemakaian bertudung ni..


          Klonklusinya, kita berfesyen haruslah menepati tatacara orang melayu. Dah namanya orang melayu, bertudung, pastilah bajunya juga sopan, Malulah nanti kalau orang lain nampak kan ?? Ok that all guys, see you on next entry k.. !! 

Rabu, 8 Jun 2011

Maaf...


Maaf semaaf-maafnya
saya tujukan kepada
semua blogger and reader


          Saya sedar sejak sehari dua ini saya telah menterbitkan catatan yang Merapu-rapu untuk dibaca. Saya telah terbabas dari landasan sebenar saya untuk menjadi seorang Blogger. Sedar tak sedar sudah hampir setahun saya menjadi seorang blogger . Dan pada mulanya saya sebenarnya ingin meletakkan karya-karya puisi yang sering saya karang di dalam blog ini. Tapi sejak akhir-akhir ini entah mengapa saya telah jauh menyimpang daripada niat sebenar saya.



          Sukuralhamdulillah tak sia-sia saya meminta tunjuk ajar daripada seorang blogger ni. Beliau banyak menasihatkan saya bagaimana hendak menjadi seorang bloger yang baik dan bagaimana pula untuk menarik pembaca untuk melawat ke blog kita. Beliau turut berkata, supaya saya tidak menjadikan blog ini sebagai e-diary semata-mata dan tak salah sebenarnya ingin mengkongsikan cerita tentang kita pada hari tertentu tapi tak perlulah sampai menyebarkan url blog kita.



          Jika difahami betul-betul sebenarnya Besar juga tanggungjawab kita sebagai blogger. Kerna melalui penulisan kita lah para pembaca akan mendapat info-info & isu semasa. dan kekadang melalui penulisan kita juga boleh mendatang Fiknah dan dosa kering sahaja. Oleh itu, sebagai blogger yang berhemah kita seharusnya pintar untuk menulis ENTRY yang baik selain menarik. 


...........................................................................................................................................
  1. Jom bersama kita menjadi blogger yang berrhemah.
  2. janganlah disebabkan gilakan traffic feed kita sanggup mengarang cerita yang bukan-bukan.
  3. terima kasih buat si PENASIHAT.
  4. Mari jadikan blog kita tempat orang belajar.
Aku Bukan
Penentu....



Kalau saja mereka tahu
bahwa selama ini aku sudah
mengangap mereka seperti saudaraku
Dan pastinya aku sangat kecewa
bila mereka perlakukan
aku sebegitu rupa
Yeaaa
" orang yang beriman adalah
orang yang menelan   kemarahannya "
katanya
Dan aku sedar bahawa
aku bukanlah orang yang
sekuat itu
Seperti payahnya aku MEMARAHI seseorang
seperti itu la juga payahnya aku MEMAAFKAN
kerna dalam persahabatan 
APA YANG ANDA HARAPKAN
bukanlah sebuah PERSENDAAN
yang melampau seperti ITU
Ditambah dengan EGOku yang
besar Maaf itu akan sukar 
KELUAR dari mulut ini
Kerna aku pasti kamu tahu
bahwa aku bukanlah jenis orang yang mudah
makan hati, marah atau apa sajelah..
malah gurau itu aku 
boleh lagi tersenyum dan ketawa
TAPI
dalam hati aku cukup menyampah !


Mengapa aku begitu
marah ??
kerna gurauan kalian itu
sangat menunjukan kelemahan
aku
dan jujur
aku seorang yang sensitif
dan pemendam rasa
bila kalian mengatakan keburukan
aku tanpa memikirkan perasaan aku
itu membuat aku merenung semuanya
seperti salah 
AKU YANG HADIR
DALAM HIDUP KALIAN
DAN MUNGKIN
KALIAN MALU KERNA AKU
ADA DI KALANAGAN KAMU
YANG CUKUP SEMPURNA ITU
AKU CUKUP MALU
KERNA TERPAKSA MENULIS ENTRY SEPERTI INI
TAPI,
ENTAHLAH
SEGALAHNYA SEMEMANGNYA SUKAR UNTUK
AKU NYATAKAN DALAM
AYAT MANUSIA
PEDIH RASANYA DIDADA
BILA MEMIKIRKAN HAL INI
DAN AKU PUN CUKUP MENYAMPAH
DENGAN TULIASAN INI
TAPI DIMANA HENDAK KU MENGADU ??
KERNA KALIAN CUKUP TAHU
KALAU AKU BERSENDIRIAN


Maaf Manusia Hina ?
( Wajarkah  )



Wajarkah kalian mengejar maaf dari seorang
manusia yang serba kekurangan
Dan pastinya
jauh lebih buruk dari
KALIAN


Aku masih ingat dengan kata-kata ini
" kalau di ikutkan kedudukan
mertabat manusia 
Kau (aku) adalah manusia yang paling bawah
malah bawah daripada
syaitan "
Dan aku masih boleh ketawa
saat di persenda begitu rupa !!
jangan BOHONG kalau KAU
tidak BERKATA begitu !!


Salah akukah
selama ini kerna membiarkan kalian
mempersenda?
Aku ingat benda itu hanya berakhir
disitu saja
RUPA SAMPAI saat ini  !!
Segala gurauan kalian adalah
tentang MARUAH aku .. !!
dan aku hanya ingin pertahankannya  !!
Mengapa menjadi salahku
Bila aku tidak memaafkan ??
Kalau saja kata-kata itu dilemparkan KEPADA
kalian pasti kalian akan terasa hati juga  !!




Rasanya siapa yang rapat
dengan aku cukup sedar
kalau aku bukanlah seorang
yang suka pemarah dan
merajuk
Tapi kali ini aku
cukup-cukup makan hati




Manis dan Menyentuh perasaan
sungguh kata maaf itu
seperti bisanya persendaan kalian itu !!


...............................................................................................................................................
Amaran  !!
  1.  Ketawalah melihat ENTRY bodoh aku ini
  2. seperti kemarin ini hanyalah ENTRY MELALAK aku melayan perasaan.
  3. Aku bukan seorang PEMARAH dan BUKAN SEORANG PEMAAF
  4. Aku peduli apa kalau KAMU mengata aku BODOH dan KETWA saat melihat ENTRY BODOH ini, dan aku juga sedar kalau KAMU KAN MANUSIA SEMPURNA DAN TINGGI MARTABATNYA  !!

Selasa, 7 Jun 2011

Siapa Manusia Sempurna ??



Entry kali ni
Kalau orang nak cakap aku Bodoh ke apa
Aku dah tak peduli !!


Aku sudah cukup bosan
bila orang asyik
KOMEN pasal segala KELEMAHAN
yang ada pada aku
sejak AKU DILAHIRkan
Lagi



Warna Kulit
Hahahahaa
inilah isu yang selalu
dipersendakan kepada aku
Yeaaa aku cukup sedar
kalau aku mempunyai kulit yang gelap
atau kamu lebih suka
menyebutnya sebagai
HITAM
Tapi, siapa kamu untuk
mempertikaikan ciptaan tuhan ini ??
Yea kamu putih melepak
dan aku akui sangat cemburu akan itu
tapi setidaknya aku 
Tetap dapat hidup dengan
hakikat itu



Sebutan Huruf " R "
Sejak kecil lagi aku sememangnya
lemah untuk menyebut satu huruf 
dari A - Z nie iaitu R
Tapi itu kekurangan aku
dan aku tidak rasa itu
menyusahkan para manusia
dalam bumi ALLAH S.W.T. ini 
Mengapa manusia
tidak boleh mengangap ianya 
sebagai NORMAL ??
( HAIRAN )





Malah aku sangat terkejut
bila sebahagian manusia yang
meleteri kelemahan aku ini
adalah terdiri daripada
Manusia yang cukup ilmu
pengetahuannya tentang
AGAMA malah DUNIAWI




Bergurau ??
memang selalu berbunyi begitu
TAPI, jika dah melepasi batas
Siapa yang tak terasa
hati..



Cukuplah guy's
meleteri kelemahan orang sama saja
dengan meleteri ciptaan TUHAN
Bersyukurlah kamu kerna
LAHIR sebagai manusia
yang cukup SEMPURNA
Aku sedar aku sememangnya
tidak setanding kamu yang sembayang 5 waktu sehari
punya result yang BAGUS
putih melepak 
Sebutan R yang jelas
pengetahuan AGAMA yang luas
Tapi apa gunanya jika
semua itu seperti TOPENG
pada wajah ??
Wahai manusia fikirlah sendiri







...................................................................................................................................
1. saya memohon maaf sekiranya bahasa yang saya gunakan teramat kasar dan tidak boleh diterima.
2. ENTRY ini hanyalah luahan perasaan sang penulis yang sudah bosan dengan leteran MANUSIA SEMPURNA DISEKELILINGNYA.
3. nasihat si penulis " Lidah lebih tajam daripada pisau " berhati-hati dengan setiap kata daripada mulutmu. KERNA mulutmu itu yang akan membinasakan KAU pada kemudian HARINYA.

Hiking Part 4

Klonklusi Sebuah
Perjalanan....



          Klonklusi daripada perjalanan ini, Pelbagai pengalaman yang telah kami peroleh dan pelbagai kenangan turut terrakam di kotak minda yang pastinya suatu hari nanti menjadi cerita kepada generasi Kelana Inanam seterusnya.

          Selain itu, Kami turut belajar untuk menanggisi sebuah pertemuan kerna pertemuan itu sesuatu yang sangat berharga dan perpisahan itu suatu  yang pasti. Dan ini juga merupakan 1st time saya mengikuti pengembaraan sebegini. Tak pernah pun sebelumnya saya akan berjalan sejauh 30-40 Km dalam masa 3 hari sahaja. Yang pastinya saya dan yang lain juga sangat berbangga dengan KEBOLEHAN dan KESUNGGUHAN kami untuk berjaya dalam misi ini.

peta dan kompas turut banyak berjasa dalam perjalanan ini

        Bayangkan saja, kami berjalan dari bukit ke satu bukit dalam berberapa jam sahaja.. Pastinya membuatkan aku tercenggang dengan kemampuan diri. Kelelahan yang di tanggung terbalas dengan KEPUASAN yang amat-amat besar..

 




          Dalam pada itu, tidak dilupakan juga kepada 2 orang penggiring kami yang sangat-sangat berpengalaman dan agak nakal orangnya !! hahaha  !! Tanpa mereka berdua pastinya kami tidak akan berjaya dengan jayanya melaksananakan segala ujian yang dipinta..

Mereka yang berpengalaman
           Pastinya banyak kenangan manis yang tak akan pernah terlupa antaranya bila kami mendaki bukit yang juram, mandi sungai ( pastinya ) , makan bersama di Kg Poring-poring, pemandangan yang indah di puncak dan BANYAK lagi jika hendak di ceritakan !!



          Apa yang pasti. ikatan silaturahim adalah perkara terpenting dalam pengembaraan kami. Kerna tanpa ikatan tersebut, pastinya kami akan menjadi pentingkan diri dan saling tidak tolong menolong. Sepanjang perjalanan ini juga kami tidak pernah BERHENTI untuk ketawa dan bergurau senda antara satu sama lain. Dan ini lah akhirnya entry hiking 3 hari 2 malam aku bersama mereka. Nikmatilah Gambar-gambar telatah kami bersama...



 

 


         






Isnin, 6 Jun 2011

Hiking Part 3

Akhir Sebuah Perjalanan


          Hari ini sememangnya sudah tidak dapat di undur lagi. Hari ini adalah hari terakhir kami disini. Segala yang telah kami lalui hanya bisa menjadi kenangan manis buat tiap satu daripada kami. 

          Hari ini kami mulakan dengan satu serapan pagi yang meriah sanggat. Konon-kononnya mahu habiskan bekalan makanan agar beban di beg nanti berkurangan. Lagi pula, Walaupun hari terakhir perjalanan kami masih jauh lagi..


Serapan terakhir kami bersama
( buat hiking ini saja. )

         Seperti kebiasaannya, selesai sahaja serapan kami melaksanakan tugasan terakhir kami di KG tersebut iaitu mengambil T.Tanggan Ketua Kg dan mengukur ketinggian Menara RTM. Dan ketinggi yang kami dapat ialah 240 kaki.

  
Haaa ini la menara RTM yang saya maksudkan..




          Selesai saja kami dari menara. seperti biasa kami akan membersihkan kawasan perkemahan kami. Dan masih tergiang kata-kata pengiring kami setiap kali kami membersihkan tapak. " Pengakap kalau membersih, mereka tidak akan meninggalkan sedikitpun jejak mereka " maksudnya disini kami haruslah membersihkan kawasan tersebut dengan sebersih-bersihnya.


          Pagi ini lain daripada pagi lainnya. Sebelum bertolak Pengiring kami meminta agar kami meluahkan perasaan  tentang PERJALANAN HIKING kami dan mengkongsikan segala pengalaman yang kami dapat. Sejujurnya memang payah untuk mengucapkan selamat tinggal kerna itu lebih baik mentangisi sebuah pertemuan daripada sebuah perpisahan kerna perpisahan pasti ada.


        


          Dalam perjalanan pulang, Kami sempat lagi singgah untuk menikmati buah-buahan orang Kg buat kali terakhir. Dan sepertinya Buah jambu sudah menjadi buah rasmi buat kami. Kerna saat kami tiba kami disambut dengan buah jambu dan begitu juga waktu pulang. HaHahaaa !! lucu sekali bila mengenangkan semuanya..

          
          Tampaknya Niat kami termakbul pada hari terakhir ini. Niat kami sejak awal lagi mahu hiking dalam hujan dan akhir nya dalam perjalanan balik kami terpaksa jalan dalam HUJAN yang cukup lebat ini adalah disebabkan kami juga perlu mengejar masa untuk mengakhiri perjalanan kami ini.


         

          Akhirnya, perjalanan kami berakhir pada jam 6.35 Pm. dan masing-masng dengan berat hati mengucapkan selamat tinggal. Tapi ini bukan lah detik terakhir pertemuan kami. Ini adalah datik permulaan PERSAUDARAAN kami.



          
 

 

Hiking Part 2

Hari Ke 2
Pendakian



          Yeaaa !! hari kedua bermula !! Hari ini kami akan bergerak dari Kg Dondongon ke Menara RTM dan laluannya hari ini sungguh mencabar !!




          Hari kedua ini lebih mencabar dan menyeronokan !! apa tak nya ?? hari ini pelbagai rintangan yang terpaksa kami tempuhi. Antaranya melalui kebun getah yang hanya mempunyai ruang kaki untuk di lintas dan selebihnya adalah juram !! selain itu kami juga terpaksa menepuhi sunggai dan mendaki air terjun ( walaupun tak la tinggi mana ) tapi cukup mencabar !! seterusnya kami di uji lagi dengan Menembak JALAN !! mean kira macam ikut naluri la.. 







          Kami juga sempat panik dalam hutan, ape tak nya?? Hampir-hampir saja kami sesat.. kalau tak di sebabkan 2 penggiring kami yang berpengalaman pastinya kami akan sesat juga seperti crew 2 yang sesat 3 jam di sungai.. Berbicara pasal crew 2 nie.. kami pun panik juga bila dengar khabar mereka sesat !! tapi sukurlah mereka selamat juga sampai di dondonggon jam 8 malam . Entah bagaimana mereka boleh jalan dalam gelap. Tapi yang pastinya mereka mempunyai lebih PENGALAMAN daripada kami.


haa ini lah sunggai yang saya maksudkan yang terpaksa kami
redah tu. Tampak senang tapi hakikatnya !!

          Sayang sanggat time kat sunggai nie saya tak berapa boleh ambil pic sebab banyak betul halangan mana takut Hp jatuh ke dalam sungai.. Tapi sanggat bangga dengan diri sendiri kerna betul-betul tak sangka kalau aku boleh melalui semua ini !!


          Tapi apa yang pasti Kepenatan kami sanggat berbalui pada hari itu . kerna sesampainya kami di sana kami di sambut dengan PEMANDANGAN yang sangat INDAH !! siapa tak suka bila sunset kan ??



         

        Dan malam hari pula, pengiring kami mengajak kami untuk menikmati pemandangan di sebelah malamynya pula. HAHAHAAA dapat bayangkan tak perasaan kami waktu tu?? pastinya semua excited GILAK mau ikut .. 



inilah pic terakhir untuk entry part 2