Khamis, 19 Mei 2011

Cerita Sedih..


Kadang suratan takdir itu 
Sesuatu yang indah
Dan kadang ia juga sesuatu
yang tidak kita sangka..

        Kadang kita tak percaya dengan apa yang hanya kita dengar, kerna ianya sesuatu yang di luar kewarasan seorang manusia untuk menebak suatu suratan ILAHI..

        Dan aku juga mulanya payah untuk menerima jika dia mungkin akan meninggalkan aku pada bila-bila masa saja. Dan mengikut kesimpulan DR. dia mungkin hanya akan bertahan untuk tiga bulan ini saja lagi. Kehidupannya sekarang banyak bergantung kepada ubat dan takdir. 

         Sanggat pahit untuk ditelan, tapi itulah kenyataan yang harus aku terima. Walaupun hubungan kami baru seumur jagung, tapi keikhlasan sememangnya sudah berputik sejak awal aku mengenalnya dan aku sedia menerima segala kekurangannya. Disebalik raut wajahnya lesu itu, jelas tergambar keperihan yang dia lalui. Dia bukannya berlakon untuk mendapat CINTA SIMPATI dari aku!! Dan untuk apa dia memainkan sesuatu YANG BENDA YANG SERIUS. Dan aku juga bukannya menabur benih cinta palsu !! kerna aku memang benar ikhlas..

Cinta simpati
tidak wujud antara kami
cuma ada keikhlasan

        
        Tapi kedegilannya sentiasa membuat aku dan orang disekitarnya TIDAK SENANG DUDUK. Bekalan ubat yang diberi selalu saja ada alasan untuk dia mengelak memakannya. Itu sering membuat aku gundah saat mengenang dia. Tapi aku bangga kerna dia sentiasa hidup dengan kesenyuman, walau dalam dirinya punya satu cerita yang perih. Dan hati aku sebenarnya menjerit melihat SENYUMANnya yang hambar....


       Semuanya terpulang kepada takdir, hari ini, esok. lusa siapapun bisa di jemputnya. MALAH mungkin aku yang pergi daluhu..

ya Allah..
berikanlah dia kekuatan..
sakit benar rasa hati
bila melihat 
senyumnya yang hambar..
AKU percaya dengan ketentuanmu...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan