Selasa, 20 Disember 2011

Let's Break Up Girl... OPPsss ~~

Opsss...



Someone told me once,
We look good together,
It’s a great thing that we met.
Someone told me once,
We’ll be together till the end,
We were before.
Everything is lie….
Let’s break up…
Let’s stop seeing each other,
Even if we get sad,
Let’s smile at our memories..
Because it’s the last thing
I san possible say to you
Remembering and not remembering, let’s,
Let’s just  leave it as it is…
Someone told me once,
Memories are a beautiful thing.
It’s was like that before..
Everything is lie…
All those memories times,
That we just laughed,
I’II give it back to you.
So you can leave with a smile..

Rabu, 23 November 2011

Falsafah Lima Jari


Lima Jari = Satu Komuniti Kehidupan


     Sahabat cerakah, Pernahkah anda membayangkan apabila tangan kita hanya terdiri daripada ibu jari semuanya atau juga hanya terdiri dari jari telunjuk sahaja kelimanya ? Pasti pelik rasanya bukan ? Kali ini saya ingin berbagi cerita dengan anda mengenai cerita hidup yang menjadi topik ringan perbualan kami kelmarin tetapi mempunyai makna yang cukup dalam untuk dihayati.
     Kita tercipta dengan segala kelebihannya tersendiri, tidak ada yang semurna antara satu sama lain, karena sesungguh sebuah kesempurnaan itu hanya milik Allah SWT. Kita tercipta dengan segala perbedaan yang kita miliki, bahkan manusia kembar sekalipun pasti terdapat perbedaan antara satu sama lainnya. Perbedaan diciptakan bukan tanpa maksud, akan tetapi perbedaan itu diciptakan agar kita manusia  sebagai mahluk sosial dapat saling melengkapi, saling menyayangi, saling menolong, saling menghormati, dan bukan pula untuk saling merosakan antara satu sama lain atau menyombongkan diri.
     Coba kita perhatikan jari-jari tangan kita sekarang.
1       Ada si gemuk yang kita sebut “ ibu jari “ yang selalu berkata baik dan menyanjung contohnya kita selalu mengunakan ibu jari untuk menandakan sesuatu itu baik ataupun cantik.
2       Kedua, ada “ si telunjuk “ yang suka menunjuk dan memerintah.
3       Seterusnya, ada “ si jari hantu “ jari tengah yang sombong, paling panjang dan suka menghasut.
4       Kemudian, ada jari manis yang selalu menjadi teladan, baik dan sabar sehingga sering diberi hadiah seperti cin-cin.
5       Dan ada kelingking yang lemah dan penurut, turut selalu menabur janji.
     Dengan perbedaan positif an negetif yang dimiliki masing-masing jari, mereka tetap hidup bersatu dan berdamping guna mencapai tujuan yang sama contohnya menulis, memegang mahupun menolong anggota badan yang lainnya. Segala perbedaan yang ada diantara kita adalah keindahan yang sengaja diciptakan agar kita rendah hati selalu untuk menghargai orang lain. Karena kita bukanlah hidup bersendirian, malah adalah sesuatu yang mustahil untuk kita menyangupkan diri untuk hidup sendriri, kita akan saling memerlukan antara satu sama lain.
     

Selasa, 8 November 2011

Sana Sini Di Negeri Bayu

FANTASTIC JOURNEY




Haaaa
Kalau korang nak jalan-jalan
di Sabah, korang jangan lupa untuk singgah
di LADANG TEA
Semestinya memberikan suatu pemandangan
hijau yang sanggat menarik
bagi pelawatnya...



Ini pula Memoriel Park at Kundasang
Tempat nie memang sangat cantik
selain itu,
Sejarah yang tertulis juga
turut menghayat hati setiap
para pengunjung...
terus terang memang rugi sangat kalau tak datang...

Antara Pemandangan disini...




Selain itu,
Sabah turut terkenal dengan
Flora dan Faunanya...



Tapi apa yang paling penting
Bila datang Sabah mesti lah
Gunung Kinabalu
yang Menjadi kebanggaan rakyat disini...





Terima Kasih Pada semua yang
telah terlibat dalam Perjalanan Kali Ini...
Selain itu setinggi-tinggi penghargaan buat
Semua pihak yang terlibat
membantu kami dalam perjalanan ini
terutamanya Pihak Kinabalu Park..


Antara Tempat yang kami kunjungi...




Enjoy it.....




Sabtu, 5 November 2011

Seharian Bersama Ikan

Have Fun Dengan Ikan Di Tagal..


Yeaaa inilah antara keistimewaan
yang terdapat di negeri bawah bayu SABAH
best sangat dapat
merendam kaki sambil
di urut oleh ikan.
Nampak pun memang seronok.
Apa taknya..
sekali sekala dapat lari dari
kehidupan bandar
dan bermesra dengan keindahan alam
memang sesuatu yang amat menyeronokan..


Ha nampak tak
betapa jinaknya ikan-ikan dalam sungai Tagal nie ??
Tak payah nak susah-susah pergi ke spa
nak dapatkan rawatan ikan,
datang saja ke sungai tagal yang terletak
berhampiran Pekan Ranau Sabah
sudah memadai.
Tambahan pula bayaran yang dikenakan tidaklah
mahal hanya RM 3 Sahaja perorang.
Berbaloikan ??...



Tuntasnya,
Sesiapa yang bercadang nak melancong hujung tahun ini,
apa lagi marilah datang beramai-ramai ke sabah..
Anda di jamin akan menemukan kepuasan disini...



Khamis, 3 November 2011

Akhir Yang Manis..

Di Antara Kita


Sebuah permulaan pasti akan
ada sebuah detik akhir.
Titik akhir yang
manis mahupun pahit.
Diantara kita, kita memperoleh
keduanya...
Tapi ini bukanlah titik
noktah yang terakhir pertemuan kita.
mungkin saja ini baru pendahuluan daripada
karangan penuh cerita kita


Terima kasih UMMI ( Wan Maimunah )
kerna telah mencerahkan dan mewarnai
hari-hari kami...
setelah beberapa hari kita bersama
ikatan antara kita terlalu kukuh untuk
di putuskan..
Air mata tak berhenti mengalir
saat harus menerima riality kita harus berhenti disini.
Walau mungkin akan bersua di lembaran lain,
tapi kenangan hari ini tak kan mungkin sama 
dengan hari esok.




Selasa, 1 November 2011

Aku Dan Teater

Semurni Kasih Ummi


Langkah Ku semakin besar..
Kali ini aku benar-benar melangkah
ke dunia teater secara PROFESIONAL
Mana taknya kata begitu,
kali ini aku berkesempatan berganding
dengan seorang pelakon yang cukup mantab
iaitu Wan Maimunah.

Haaa Ini lah make-up Artis kita Orang...SARAH LOEY..


Nie pulak Pembantu Aka Atas tue..

Kepada semua yang berada di SABAH
jom ramai-ramai datang ke UMS
1 dan 2 nov jam lapan malam.


Antara Aksi Di belakang Pentas...

Haa ini lah UMMI

Pabila AKU sedang di make-up...

Selesa pulak rasanya.....


Sabtu, 29 Oktober 2011

Kisah Yang Bersemi Kembali

Kisah Kau & Aku


Kisah antara kita
Dulu pernah terputus
Kerana satu sebab yang agak menyakitkan
Dendam pernah terpendam
di sudut hati..
Walau aku faham
Bukan kehendak kita..
tapi,
Sebenarnya aku masih tertanya.
Apakah benar kisah dulu itu
Bukan kerna curang dalam hati.
Dan apa benar cintaku
BUKAN BERTEPUK SEBELAH TANGAN.
Tapi kisah itu sudah berakhir,
tali yang pututs telah
bercantum kembali.
Walau agak payah untuk mengemukakan
KATA KEMBALI
akhirnya kisah ini terjalin kembali.
Aku benar berharap.
Tali ini tak kan putus lagi.
WALAU HARUS MELAWAN REALYTI
WALAU DI HATI PUNYA
1001 KECURIGAAN


Rabu, 26 Oktober 2011

Jahil

Manusia Atau   ?


APA YANG BERMAIN DIMINDA KALA
MELIHAT KEJAHILAN WANITA DIATAS ??
Persoalaannya,
dimana sifat keperimanusiaannya ??
Apakah fikiran anak melayu kita
telah jauh tersasar dari landasan ISLAM ??


Selasa, 25 Oktober 2011

Tingkah Kita Hari Ini

Perlu Ridho Allah

Dengan Lafaz

apa gunanya mata, apa guna telinga
jika yang kau lihat, jika yang kau dengar
membuat murka Allah
apa gunanya mulut, apa gunanya hidung
jika yang kau ucap, jika yang kau cium
menambah murka Allah
apa gunanya mata, apa guna telinga
jika yang kau lihat, jika yang kau dengar
membuat murka Allah
apa gunanya mulut, apa gunanya hidung
jika yang kau ucap, jika yang kau cium
menambah murka Allah
semua karena Allah, semua untuk Allah
apa artinya kita manusia tanpa ridho-Mu Allah

Isnin, 24 Oktober 2011

Kisah Kelmarin

Tika Dulu..


Kisahku bukanlah seperti
kisah sang tuah yang gagah
bukan seperti watak drama yang
pengahirnya bahagia..
kisah ku punya cerita sendiri,
penuh suka penuh duka.
Puas merintasi lautan,
Puas menjelajahi ketebalan hutan.
Hidup ku umpama burung hijrah,
Terbang kesana sini mencari
segugus kasih sayang.
menanam benih persahabatan,
yang sekelilingnya ditumbuhi
oleh rumput yang memusuhi.
Kadang aku leka bermain,
tak sedar ada jelingan tajam disitu,
ada bisikan benci yang mencemuh diri.
Lumrah alam tak mampu ku lawan.
Bila tak tahan
terpaksa ku melangkah pergi 
meninggalkan kenangan.
Ku teruskan perjalanku lagi..
mencari sebuah kehidupan yang damai.
Dan tibalah lagi di sebuah tempan yang
elok namanya.
Sekali lagi ku perkenalkan diri
cuba mengail sebuah kemesraan.
Berharap disini ia kekal.

Kisah Kelmarin

Tika Dulu..


Kisahku bukanlah seperti
kisah sang tuah yang gagah
bukan seperti watak drama yang
pengahirnya bahagia..
kisah ku punya cerita sendiri,
penuh suka penuh duka.
Puas merintasi lautan,
Puas menjelajahi ketebalan hutan.
Hidup ku umpama burung hijrah,
Terbang kesana sini mencari
segugus kasih sayang.
menanam benih persahabatan,
yang sekelilingnya ditumbuhi
oleh rumput yang memusuhi.
Kadang aku leka bermain,
tak sedar ada jelingan tajam disitu,
ada bisikan benci yang mencemuh diri.
Lumrah alam tak mampu ku lawan.
Bila tak tahan
terpaksa ku melangkah pergi 
meninggalkan kenangan.
Ku teruskan perjalanku lagi..
mencari sebuah kehidupan yang damai.
Dan tibalah lagi di sebuah tempan yang
elok namanya.
Sekali lagi ku perkenalkan diri
cuba mengail sebuah kemesraan.
Berharap disini ia kekal.

Ahad, 16 Oktober 2011

Antara Tanda Akhir Zaman

Pendirian Masjid




Tahukah anda ??
salah satu tanda akhir zaman ialah,
Apabila manusia berebut-rebut
mendirikan MASJID yang Gah dan Indah..
Kononnya ingin menampakkan
Kemegahan Agama Islam..
walhal pembinaannya hanya menampakkan
kekosongan Iman kita..
Apabila masjid yang dibina
kosong daripada kunjungan...
Pengajarannya,
Keimanan kita inilah yang
harus kita bina seGAH yang mungkin...










......................................................................
Catatan ini hanya satu perkongsian...

Isnin, 10 Oktober 2011

Memang Begitu ??

Adakah begitu ??



Adakah memang begitu anggapan
sebilangan manusia..??
bila kita tak searkap dulu
dan mulai jauh dianggap SOMBONG.
adakah memang begitu ADAB
sebilangan manusia..??
saling membenci antara
satu sama yang lain.
seringkala aku terpegun sendiri
dengan jelingan mata tajam
dan palingan wajah seolah
aku bersalah.
Menjadi persoalan yang besar
dibenak minda
Hingga kadang takut untuk
menyapa
dek kerana layanan, jelingan dan
pandangan itu sudah berbeda...
Bersalahkah aku kerana terlalu sibuk
dengan aktiviti dan kegiatan seniku??
sedangkan dulu itu yang
kita juangkan bersama..
Detik terus berlalu
dan takkan kembali
untuk menyelamatkan keterlewatan
atau kekesalan..
aku hanya mampu
meneruskan apa yang telah
sedia ada terlewati..
dan hanya bisa memperbaiki
apa yang telah terkesali..
mana mungkin aku tidak melakukan
kesilapan kerna aku juga
]manusia sama seperti kalian..
ada yang benci, dan suka 
dengan keadaan AKU ini..
tapi inilah aku.
AKU APA ADANYA.
tetap akan terus begini..
dan hanya masa dan
kematanagan saja yang merubah
pandangan...

Sabtu, 8 Oktober 2011

Kaum Wanita ramai masuk neraka ??


Peluang kaum wanita mencapai syurga ataupun neraka

Ciri-ciri wanita penghuni neraka :

Kebanyakan kaum wanita tidak mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka. Mereka sentiasa berasa kurang puasa dan berkeluh kesah. Akibat perasaan itu, mereka enggan bersedekah dan mengeluarkan zakat.

Kebanyakan mereka tidak bisa menerima takdir ataupun ketetapan Allah yang menurutnya adalah buruk sehingga mereka mengingkari Allah.

Kebanyakan kaum wanita tidak mensyukuri hasil usaha suaminya sedangkan suaminya berusaha sebaik mungkin demi menyara keluarga dan itulah sebaik-baik rezeki yang Allah berikan.

            Nabi Muhammad pernah menyatakan, kebanyakan isi neraka adalah kaum wanita. Namun tidak bererti kaum wanita tidak berhak atas syurga Allah yang seluas alam semesta. Ia juga bukan bererti wani ta adalah golongan kelas kedua. Lelaki dan wanita memiliki kedudukan yang sama di sisi Allah.
        Sebenarnya, kaum wanita memiliki berberapa kelebihan berbanding kaum lelaki. Dalam solat berjemaah, misalnya lelaki menjadi imam. Hal itu menunjukkan lelaki adalah pemimpin.
          Budayawan Emha Ainun Nadjib berkata, apabila kita melihat hal itu daripada prespektif falsafah, kaum wanita yang menjadi makmum sebenarnya menunjukkan merekalah pemimpin sejati. Ibarat sang penggembala kambing yang selalu berada di belakang haiwan gembalaannya. Begitu juga dengan kaum wanita. Walaupun mereka berada di belakang imam tetapi sebenarnya merekalah pemimpin.








Menjadi Sahabat Kerna Allah..

“ Berkasih Sayang Kerana Allah “



         Di syurga manusia sudah tidak lagi terbeban dengan ibadah seperti solat, puasa, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji, dan bersedekah. Apa yang tinggal hanyalah bersilaturahim iaitu berkasih sayang. Demikian itu, silaturahim adalah amalan ibadah di dunia yang berlanjutan ke akhirat iaitu ke syurga.

        Imam Ghazali, dalam bukunya Ringkasan Ihya’ Ulumuddin ( 1995 ) mengingatkan kepentingan kepentingan saling berkasih sayng kerana Allah & menjalinkan persaudaraan dalam agama kerana ia adalah ibadah yang utama. Tercapainya jalinan kasih sayang kerana Allah, tidak lain adalah akhlak yang baik seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad.

Allah berkata dalam surah al-Qalam, ayat empat,                                                                                           “ Muhammad mempunyai akhlak yang mulia. “

        Imam Ghazali menjelaskan, berkasih sayang kerana Allah dan menjalinkan persaudaraan dalam agama Allah ( islam ) adalah nikmat yang luar biasa. Nabi menjelaskan, apabila Allah mengkehendaki kebaikan bagi kita, Allah mengurniakan seorang teman yang soleh. Apabila kita lupa, teman itulah yang mengingatinya dan apabila dia mengalami kesusahan, teman itu yang membantunya. Begitulah kehidupan orang mukmim yang saling berkasih sayang dan membantu.

       Sayangnya dalam kehidupan moden kini, sukar bagi kita menemui teman yang soleh. Orang pada hari ini cendurung mencari teman bagi memperoleh keuntungan peribadi. Ramai pula orang yang suka menyalahkan teman tetapi enggan memberikan nasihat yang bijaksana sehingga susah bagi kita hendak mengetahui siapa kawan dan siapa lawan.

                                                     Nabi Muhammad pernah berkata,                                                                                                                “ Siapa bersaudara dengan orang lain kerana semata-mata kerana Allah, Allah mengakatnya satu darjat di syurga yang tidak di perolehnya melalui amalan lain. “

Fikir-fikirlah.. Dan semoga kita menemui sahabat yang soleh dan menjadi sahabat yang soleh. Demi masa hadapan kita di akhirat, masa hadapan yang pasti.

Khamis, 6 Oktober 2011

Diary

Kisah Hari Ini


Hari ini seperti manusia biasa
yang menjalani hari-hari baru
kehidupan di bumi hijau ciptaan ILAHI..
itulah aku...

Berazam untuk berubah menjadi
orang yang lebih baik setelah
merenung panjang kisah silam
diaryku semalam...


Tapi mampukah aku berubah
dari kebiasaan yang telah lama
sebati dari hidup..
TAPI TIADA APA YANG MUSTAHI
di bumi ciptaan Allah...
kerna yang mustahil hanya PADANYA...




Jumaat, 30 September 2011

Jika Syurga & Neraka Tiada

Sekiranya syurga dan neraka tiada, adakah manusia mahu sujud kepada Allah S.W.T. ? Wajar jika kita memutarkan soalaan itu. Ini kerana ramai Manusia di muka bumi ini yang beribadat kepada Allah Kerana menginginkan syurga dan takut akan azabnya neraka.

Dalam sejarah peradaban manusia itu sendiri, dapat kita lihat. Sekurang-kurangnya ada tiga alas an manusia melaksanakan ibadah. Pertama, manusia beribadah kerana mahu mendapatkan pahala iaitu syurga. Ketiga, hanya sebilangan kecil sahaja manusia beribadah semata-mata kerana taat dan cinta kepada Allah.

“ apabila seseorang daripada kamu meninggal dunia di perlihatkan kepadanya di waktu pagi dan petang tempat tinggalnya nanti iaitu neraka ataupun syurga dan dikatakan kepadanya, ‘inilah tempat tinggal engkau, kelak engkau dihantar ke sana’.”

Oleh Imam Bukhari

Saya begitu tertarik dengan artikel diatas yang mempersoalkan ketaatan dan kewujudan syurga dan neraka. Begitu jelas mesej yang coba di sampaikan oleh sang penulis. Dan saya sendiri terfikir, apa yang tertulis itu sememangnya benar. Dan itulah hakikat IMAN kita hari ini. Dan sering kali mempersoalkan cinta kita pada nabi, pada rasul dan pada Allah itu sendiri sebesar mana?

Sesetengah remaja khususnya wanita, sanggup menyerahkan MAHKOTA nya kepada sang kekasih sebagai tanda cinta sucinya yang entah benarkah cinta itu ikhlas atau hanya atas nama NAFSU semata. Tingkah ini cukup membuktikan rasa cintanya kepada kekasihnya itu lebih besar daripada rasa cintanya pada sang pencipta. Alasan sering kal diberi kerna pujukan kekasih membuatkan dia rela menyerahkan MAHKOTA itu.

Hakikatnya, dunia hari ini adalah neraka bagi orang mukmim dan syurga bagi mereka yang kafir. Sekiranya demikian, orang yang terpenjara tentu berasa nikmat apabila dapat keluar daripada jeriji besi, sementara orang-orang kafir berasa terseksa apabila mereka tidak lagi di dunia.


Selasa, 20 September 2011

My Answer...

Ask me SMILE ??





I want to cry,
But I smile for you.
I want to hold on to you,
But I send you away.
I am angry, but I hold it in.
I know everything,
But I’m willing to be fooled.
Because I’m man, I should smile.





 
If you leave me,
Just go away.
Why say so much?
Why did you break my heart?
“ I’m sorry, be happy. “
Are you kidding me?
How can I smile without you?

Try thinking from my position
If you were me,
When I say goodbye,
Would you smile?
And say “I’m ok?”

I want to remember
Only the beautiful
And really pretty memories
When I resist,
Leave me,
Before I really cry..
I’m tried to suppress it,
But my tears flow.
Why is the sky so bright?
Even though I’m a man,
I really want to cry.
Why is the sunlight so hot?
But I’m a man
I should laung !!