Peluang kaum wanita mencapai syurga ataupun neraka
Ciri-ciri wanita penghuni neraka :
Kebanyakan kaum wanita tidak mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka. Mereka sentiasa berasa kurang puasa dan berkeluh kesah. Akibat perasaan itu, mereka enggan bersedekah dan mengeluarkan zakat.
Kebanyakan mereka tidak bisa menerima takdir ataupun ketetapan Allah yang menurutnya adalah buruk sehingga mereka mengingkari Allah.
Kebanyakan kaum wanita tidak mensyukuri hasil usaha suaminya sedangkan suaminya berusaha sebaik mungkin demi menyara keluarga dan itulah sebaik-baik rezeki yang Allah berikan.
Nabi Muhammad pernah menyatakan, kebanyakan isi neraka adalah kaum wanita. Namun tidak bererti kaum wanita tidak berhak atas syurga Allah yang seluas alam semesta. Ia juga bukan bererti wani ta adalah golongan kelas kedua. Lelaki dan wanita memiliki kedudukan yang sama di sisi Allah.
Sebenarnya, kaum wanita memiliki berberapa kelebihan berbanding kaum lelaki. Dalam solat berjemaah, misalnya lelaki menjadi imam. Hal itu menunjukkan lelaki adalah pemimpin.
Budayawan Emha Ainun Nadjib berkata, apabila kita melihat hal itu daripada prespektif falsafah, kaum wanita yang menjadi makmum sebenarnya menunjukkan merekalah pemimpin sejati. Ibarat sang penggembala kambing yang selalu berada di belakang haiwan gembalaannya. Begitu juga dengan kaum wanita. Walaupun mereka berada di belakang imam tetapi sebenarnya merekalah pemimpin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan