Sabtu, 8 Oktober 2011

Menjadi Sahabat Kerna Allah..

“ Berkasih Sayang Kerana Allah “



         Di syurga manusia sudah tidak lagi terbeban dengan ibadah seperti solat, puasa, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji, dan bersedekah. Apa yang tinggal hanyalah bersilaturahim iaitu berkasih sayang. Demikian itu, silaturahim adalah amalan ibadah di dunia yang berlanjutan ke akhirat iaitu ke syurga.

        Imam Ghazali, dalam bukunya Ringkasan Ihya’ Ulumuddin ( 1995 ) mengingatkan kepentingan kepentingan saling berkasih sayng kerana Allah & menjalinkan persaudaraan dalam agama kerana ia adalah ibadah yang utama. Tercapainya jalinan kasih sayang kerana Allah, tidak lain adalah akhlak yang baik seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad.

Allah berkata dalam surah al-Qalam, ayat empat,                                                                                           “ Muhammad mempunyai akhlak yang mulia. “

        Imam Ghazali menjelaskan, berkasih sayang kerana Allah dan menjalinkan persaudaraan dalam agama Allah ( islam ) adalah nikmat yang luar biasa. Nabi menjelaskan, apabila Allah mengkehendaki kebaikan bagi kita, Allah mengurniakan seorang teman yang soleh. Apabila kita lupa, teman itulah yang mengingatinya dan apabila dia mengalami kesusahan, teman itu yang membantunya. Begitulah kehidupan orang mukmim yang saling berkasih sayang dan membantu.

       Sayangnya dalam kehidupan moden kini, sukar bagi kita menemui teman yang soleh. Orang pada hari ini cendurung mencari teman bagi memperoleh keuntungan peribadi. Ramai pula orang yang suka menyalahkan teman tetapi enggan memberikan nasihat yang bijaksana sehingga susah bagi kita hendak mengetahui siapa kawan dan siapa lawan.

                                                     Nabi Muhammad pernah berkata,                                                                                                                “ Siapa bersaudara dengan orang lain kerana semata-mata kerana Allah, Allah mengakatnya satu darjat di syurga yang tidak di perolehnya melalui amalan lain. “

Fikir-fikirlah.. Dan semoga kita menemui sahabat yang soleh dan menjadi sahabat yang soleh. Demi masa hadapan kita di akhirat, masa hadapan yang pasti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan