Jumaat, 30 September 2011

Jika Syurga & Neraka Tiada

Sekiranya syurga dan neraka tiada, adakah manusia mahu sujud kepada Allah S.W.T. ? Wajar jika kita memutarkan soalaan itu. Ini kerana ramai Manusia di muka bumi ini yang beribadat kepada Allah Kerana menginginkan syurga dan takut akan azabnya neraka.

Dalam sejarah peradaban manusia itu sendiri, dapat kita lihat. Sekurang-kurangnya ada tiga alas an manusia melaksanakan ibadah. Pertama, manusia beribadah kerana mahu mendapatkan pahala iaitu syurga. Ketiga, hanya sebilangan kecil sahaja manusia beribadah semata-mata kerana taat dan cinta kepada Allah.

“ apabila seseorang daripada kamu meninggal dunia di perlihatkan kepadanya di waktu pagi dan petang tempat tinggalnya nanti iaitu neraka ataupun syurga dan dikatakan kepadanya, ‘inilah tempat tinggal engkau, kelak engkau dihantar ke sana’.”

Oleh Imam Bukhari

Saya begitu tertarik dengan artikel diatas yang mempersoalkan ketaatan dan kewujudan syurga dan neraka. Begitu jelas mesej yang coba di sampaikan oleh sang penulis. Dan saya sendiri terfikir, apa yang tertulis itu sememangnya benar. Dan itulah hakikat IMAN kita hari ini. Dan sering kali mempersoalkan cinta kita pada nabi, pada rasul dan pada Allah itu sendiri sebesar mana?

Sesetengah remaja khususnya wanita, sanggup menyerahkan MAHKOTA nya kepada sang kekasih sebagai tanda cinta sucinya yang entah benarkah cinta itu ikhlas atau hanya atas nama NAFSU semata. Tingkah ini cukup membuktikan rasa cintanya kepada kekasihnya itu lebih besar daripada rasa cintanya pada sang pencipta. Alasan sering kal diberi kerna pujukan kekasih membuatkan dia rela menyerahkan MAHKOTA itu.

Hakikatnya, dunia hari ini adalah neraka bagi orang mukmim dan syurga bagi mereka yang kafir. Sekiranya demikian, orang yang terpenjara tentu berasa nikmat apabila dapat keluar daripada jeriji besi, sementara orang-orang kafir berasa terseksa apabila mereka tidak lagi di dunia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan