Isnin, 24 Oktober 2011

Kisah Kelmarin

Tika Dulu..


Kisahku bukanlah seperti
kisah sang tuah yang gagah
bukan seperti watak drama yang
pengahirnya bahagia..
kisah ku punya cerita sendiri,
penuh suka penuh duka.
Puas merintasi lautan,
Puas menjelajahi ketebalan hutan.
Hidup ku umpama burung hijrah,
Terbang kesana sini mencari
segugus kasih sayang.
menanam benih persahabatan,
yang sekelilingnya ditumbuhi
oleh rumput yang memusuhi.
Kadang aku leka bermain,
tak sedar ada jelingan tajam disitu,
ada bisikan benci yang mencemuh diri.
Lumrah alam tak mampu ku lawan.
Bila tak tahan
terpaksa ku melangkah pergi 
meninggalkan kenangan.
Ku teruskan perjalanku lagi..
mencari sebuah kehidupan yang damai.
Dan tibalah lagi di sebuah tempan yang
elok namanya.
Sekali lagi ku perkenalkan diri
cuba mengail sebuah kemesraan.
Berharap disini ia kekal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan