Rabu, 20 April 2011

Waktu Kini....






Waktu kini...
ada bangunan tinggi, jiwa yang pendek
jalan yang lurus, destinasi yang sempit
kita berbelanja lebih tapi sedikit
pulak yang diperoleh
Banyak yang dibeli, kurang menikmati
Rumah yang besar, sedikit keluarganya
banyak kemudahan, tapi kurang masanya
berpelajaran tinggi kekurangan KEADILAN
banyak kepakaran banyak lagi masalah
ubat makin BERTAMBAH tapi
kesihatan berkurang






Waktu kini...
kita lipat gandakan keupayaan kita
tapi mengurangkan penggunaanya
bercakap terlalu banyak
menyayang terlalu jarang
membenci terlalu kerap
kita tambahkan TAHUN dalam kehidupan
bukannya KEHIDUPAN kepada tahun






Kita kelilingi seluruh dunia
tapi sukar mengunjungi rumah sebelah
bersihakan udara TAPI kotorkan jiwa
kita tambahakan KELAHIRAN tapi kurangkan MORAL
menjadikan kuantiti yang panjang
tapi kualiti yang PENDEK
banyak kelapangan kurang keseronokan
banyak jenis makanan sedikit nutrien







Waktu kini...
dua yang bersatu ramai yang bercerai
kehidupan yang dijamin
namun keluarga yang musnah
dan bila teknologi membawa surat ini kepadamu
pilihlah selagi ada masa
dan buatlah satu PENILAIAN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan