Jumaat, 24 Jun 2011

Minggu Ini
Kelelahan dan Kebodohan manusia
Sempurna yang TERSERLAH




Waaaa  !!
Dahsyat sungguh bunyi tajuk
Entry saya kali nie yaaaa...



Tentang Kelelahan
Yeaa
minggu ini aku teramat-amatlah
sibuk dengan latihan Randai
Almaklumlaaa...
Minggu depan
show akan bermula


Pastinya Sang Pengarah
Bertungkus-lumus
untuk menyiapkan
segala sesuatu



Tentang Kebodohan
Benar kata ustaz
Hanya membazir tenaga
dan membuang waktu saja
memikirkan masalah tentang si manusia
Sempurna itu
(kononnya)

Lantak la
kalau dia mahu
Bawa semua kawan baiknya
boycott "
aku kononnya yang jahat
Dan aku tergelak sendiri saat melihat
tingkah mereka yang pelik
dan secara mendadak berubah angin



Hairannya
Mereka kata mereka ini
Tersangatlah arif tentang
Agama
tapi pada hakikatnya
Tudung labuh itu hanya seperti
" Lagakmu saja "
Dan sikap sopanmu yang kononnya
ada itu seperti
" Wanita melayu terakhir ! "
Kerna apa mengata begitu ?
Kerna kau perhatikan sajalah tingkahmu ITU
Dan aku pasti kalian akan
sedar dengan hakikat
yang sebenar



Sebenarnya aku sangat hiri hati
dengan persahabatan kalian
kerna
bila satu makan T***
semuapun ikut walaupun tahu
itu sangat MENJIJIKAN
dan pada pandangan aku kalian
itu tidak lebih seperti kerbau
yang diikat dengan tali


Ahhh
sudahlah tentang kalian
kerna banyak benda yang
lebih berfaedah lagi
harus aku lakukan
Dan nasihat buat kawan baik manusia
sempurna
Jangan hanya menjadi
PAK TURUT saja



........................................................................................
AMARAN !!

  • Entry ini hanya luahan hari si PENULIS saja





Ahad, 19 Jun 2011

Seni Randai



Mungkin sesetengah daripada kita
tahu apa yang dimaksudkan dengan
" Randai "
Haaaaa
itu lah yang aku pelajari hari ini


Sebenarnya aku
telah ditawarkan untuk menjadi
pelakon dalam sebuah teater
yang di gabung dengan seni randai ini
( watak kecil jaa... )
Dan sebenarnya ini adalah
kali pertama
Aku dan berberapa
orang rakan
membawa konsep ini



Tampak seperti mudah
tapi sebenarnya sangat
payah untuk
membawa konsep randai ini
Walaubagaimanapun..
Alhamdulillah kami dapat juga
membawa konsep ini setakat ini

haa ini lah poster kita orang !!
sory kabur sikit...

Apa-apapon..
Teater kami ini akan
dipanggungkan di DBP Sabah
pada 30 june - 2 july ini
Oleh itu
sesiapa yang berdekatan tu
di jemput hadir 
hehee
tiketpun tak la mahal sangat


Sabtu, 18 Jun 2011

Aku Dan Pilihanku




Entah
Benar atau tidak
Pilihanku kali ini


Tapi siapalah yang tahu
salah dan benar
satu pilihan manusia
mungkin salah pada anggapan
MEREKA
tapi BENAR pada takdir



Mungkin disana
Akan terasa hati
kerna aku terpaksa
MERAHSIAKAN semua ini seketika
Dan pastinya akan
ada suara SUMBANG
bila membicarakannya
Tapi aku mahu mereka tahu
NIAT Ku
Tidak pernah lari daripada
menuntut ILMU dan pastinya
menimba lebih PENGALAMAN
dan aku tiada kena mengena dengan
Persengketaan
antara mereka


Walaupun sebenarnya
aku cukup takut
jika keputusan ku ini akan
disalah TAFSIR pula
Tapi biarlah ku laluinya
sahaja...
Ku percaya jika semuanya
sudah tertulis di TAKDIR ku
Tiada siapa bisa mencegahnya

Khamis, 16 Jun 2011

Aku Yang 
Jatuh Cinta Padanya..



Iyaa
Aku sedang diserang " Angau Bercinta "
Walaupun pada mulanya
aku tidak yakin
Dengan perhubungan ini
Tapi
Semakin hari aku semakin
" Cinta.. "


HaHaHa  
Pasti Ramai yang tertawa
saat membaca ENTRY 
Jiwang menjiwang ni kan ?
ermmm
biasalah bila orang sedang
BERCINTA
pastinya dunianya
seolah-olah berbunga selalu
Malah peria yang pahit
dimakan manis rasanya



Walaupun sejak
akhir-akhir ini
BANYAK
persengketaan yang berlaku
dalam kehidupan seharianku
Tapi satu percintaan ini
Banyak mengurangkan
Kepedihan hati


Cinta pada yang SATU
juga kian bertambah hari demi hari
Seperti kata Ustaz,
" hidup ini sebenarnya mudah,
cuma dipersulitkan sahaja dengan
perundangan yang direka
oleh manusia itu sendiri.
Sedangkan undang-undang
dunia-Nya mudah
sahaja dilupakan dan
ditinggalakan. "


Rindu padanya....

Sabtu, 11 Jun 2011

Hiking Bandar + Kandang Kuda
( Projek f(x) )


Haaa ...
Masih ingat tak lagi Post saya
sebelum ni tentang Projek f(x) ni ??
Alaaa projek nak Photoshot di 
KANDANG KUDA tu ??


          Sukuralhamdulillah... Hari ni saya dan dua orang Kawan telah berjaya menjayakan projek kami ni !! HAHAHAAA ~~ walaupun sebenarnya tak berjalan LANCAR sangat seperti yang kami inginkan apa taknya dari pagi hingga petang Negeri di bawah bayu ini di limpahi dengan hujan...


         Selain tu, ni nak cerita sikit CERITA lucu kami hehehe ~~ Nie kira first time kami la ni Pegang Kuda.. Dan rupanya kuda tempat kami pergi nie TAK SEBERAPA PERAMAH !! mean tak jinak lagi la.. tu la pasal nak ambil gambarpun payah semacam saja.. 


Haa tengok sajalah gambar ni..
mata saya juling semacam mana taknya
kuda tu meragam tiba-tiba !!
HaHaHAA !!

          Bermacam-macam gaya kami ni nak bergambar tapi terhalang sebab tingkah kuda tersebut selain tue sebenarnya tempat tu pun LICAK juga hehee....



Thanks untuk
semua pihak yang telah
membantu kami
untuk menjayakan projek
kami ini...


Terutamanya
Kepada dua orang
sahabat saya 
walaupun kami sempat sesat sekejab
dan PENAT berjalan
kaki menuju DESTINASI


HaHaHa
Today
Is Very Nice Day
for me..


Jumaat, 10 Jun 2011

Wanita dan TudungMu


          Heyyy Blogger !! ok macam sensitive pula tajuk ENTRY saya kali nie kan ?? urmmm ... WHAT DO YOU THING ?? Tak kisah la.. sebab disini sebenarnya saya hanya ingin mengutarakan PENDAPAT saya.. So jangan marah-marah ye...


          Sebenarnya, dah lama saya nak buat entry ni, tapi ye la sejak kebelakangan ni banyak sangat isu yang menimpa diri dan saya pun DAH mula MELUPAKAN semuanya. Ye la kata orang " SUAMI ISTERIPUN BOLEH BERGADUH APA LAGI KAWAN_KAWAN KAN ? ehhh  !! dan lari dari TOPIK nie..


          Ok sejak kebelakangan ni, mengikut perhatian saya banyak FESYEN tudung telah di keluarkan dan yang paling POPULAR pasti lah tudung URBAN ( kalau tak salahlah ). Dan sejujurnya saya sendiri sangatlah tertarik hati bila melihat gadis melayu kita bertudung mengikut fesyen tersebut, Tapi sayangnya, ada sesetengah masyarakat kita nie bertudung macam LAIN jaaaa.... Dan bila dilihat dah MACAM MAHLUK ASING !!


          Mana taknya saya cakap macam tu, ada sesetengah ni pakai tudung tapi guna baju lengan pendek dan seluar jeans ketat. APA kes nie SAUDARI ? ni nak tutup aurat ke nak BERFESYEN ?? ermmm.. saya rasa anda sendiripun sedar dengan isu sebeginikan ? DAN ada juga yang bertudung tapi pakai baju ketat menampakkan BENTUK BADAN. Saya pun tak FAHAM dengan pemikiran mereka ni..


          Tak salah sebenarnya jika kita WANITA BERTUDUNG ni nak bergaya dan BERFESYEN, tapi kena dengan keadaan dan sesuai dengan dirilah orang cakap. Yela, saudari juga harus faham apa DIFINISI pemakaian bertudung ni..


          Klonklusinya, kita berfesyen haruslah menepati tatacara orang melayu. Dah namanya orang melayu, bertudung, pastilah bajunya juga sopan, Malulah nanti kalau orang lain nampak kan ?? Ok that all guys, see you on next entry k.. !! 

Rabu, 8 Jun 2011

Maaf...


Maaf semaaf-maafnya
saya tujukan kepada
semua blogger and reader


          Saya sedar sejak sehari dua ini saya telah menterbitkan catatan yang Merapu-rapu untuk dibaca. Saya telah terbabas dari landasan sebenar saya untuk menjadi seorang Blogger. Sedar tak sedar sudah hampir setahun saya menjadi seorang blogger . Dan pada mulanya saya sebenarnya ingin meletakkan karya-karya puisi yang sering saya karang di dalam blog ini. Tapi sejak akhir-akhir ini entah mengapa saya telah jauh menyimpang daripada niat sebenar saya.



          Sukuralhamdulillah tak sia-sia saya meminta tunjuk ajar daripada seorang blogger ni. Beliau banyak menasihatkan saya bagaimana hendak menjadi seorang bloger yang baik dan bagaimana pula untuk menarik pembaca untuk melawat ke blog kita. Beliau turut berkata, supaya saya tidak menjadikan blog ini sebagai e-diary semata-mata dan tak salah sebenarnya ingin mengkongsikan cerita tentang kita pada hari tertentu tapi tak perlulah sampai menyebarkan url blog kita.



          Jika difahami betul-betul sebenarnya Besar juga tanggungjawab kita sebagai blogger. Kerna melalui penulisan kita lah para pembaca akan mendapat info-info & isu semasa. dan kekadang melalui penulisan kita juga boleh mendatang Fiknah dan dosa kering sahaja. Oleh itu, sebagai blogger yang berhemah kita seharusnya pintar untuk menulis ENTRY yang baik selain menarik. 


...........................................................................................................................................
  1. Jom bersama kita menjadi blogger yang berrhemah.
  2. janganlah disebabkan gilakan traffic feed kita sanggup mengarang cerita yang bukan-bukan.
  3. terima kasih buat si PENASIHAT.
  4. Mari jadikan blog kita tempat orang belajar.