Asalamualaikum semua...
hehehehe
yea kali ini saya kembali lagi
dengan ENTRY terbaru
hehehe
walaupun memang semenjak dua menjak nie
saya kembali senyap dalam
dunia blogger nie...
Almaklumlaaaa
masa perlua dihargai...
Mana nak study... and latihan teater lagi...
urmmmmm...
Ok untuk entry kali nie
saya nak bercerita sikit
pasal sebuah karya teater
yang akan di pentaskan di
UMS pada awal bulan 11 ini...
Sesuci Kasih Ummi
merupa sebuah karya
Tzallkepli Rejab
yang telah lama di tulis skripnya
yang kini akhirnya Insahallah
jika tiada halangan akan dipentaskan
pada bulan 11 ini...
sesuci kasih ummi
berkisah tentang seorang
wanita remaja yang
telah terlanjur melakukan zina..
Persoalan besar teater ini adalah
selepas kejadian..
yang seperti mana kita tahu...
orang melayu terkenal
dengan adatnya dan sopan santunnya yang
tinggi .
oleh itu anak gadis pastinya akan di
didik dengan lebih terperinci tentang
sesebuah perhubungan
mana yang boleh, mana yang tak.
mana yang halal mana yang haram..
tapi pernahkah kita terfikir jika
terjadinya
perkara yang tidak kita ingini??
apakah tindakan yang akan kita ambil ??
itulah persoalannya...
Adakah lebih baik si pesalah
di hantar kepenjara
yang hanya mengambil ukuran
hukuman dunia yang tak tahu
sama da di terima disisi tuhan atau tidak.
yang mana di dalamnya terdapat
pesalah yang lebih besar kesalahannya.
yang secara tidak langsung akan mempengaruh si MURNI.
tapi sebaliknya di rumah
DARUL HIDAYAH
anak-anak yang tersesat jalan akan
di pulih perlahan-lahan.
sistem yang sama dengan penjara
mereka tidak bebas bergerak kesana kemari
tetapi pendekatan dengan agamanya lebih dalam.
Haaa
itulah sedikit sebanyak tentang
sinopsis teater ini...
TEATER ini
akan di bintangi oleh
berberapa pelakon yang cukup handal
iaitu
Wan Maimunah
Ebi af5
saya sendiri dan
berberapa lagi rakan lakon
yang sememangnya cukup hebat...
dan jika dibangdingkan dengan aku
alahaiiiii
jauh benar bezanya...
ermmm
ape-apepun semuanya
masih dalam
sesi latihan....
hanyalah seperti ejekan dan gurauan yang selalu mereka
lemparkan kepada kita.
tak boleh dipercaya..
uhuhuhh
( haaaa yang ini jangan ambil tau )
Tapi,
apa yang paling penting adalah
anda haruslah sentiasa
memperbaiki kelemahan diri sendiri.
tidak perlu GOYAH
dengan kata-kata
kesat itu !!
Rabu, 10 Ogos 2011
Arti Merdeka
Dulu dan Kini
Merdeka itu
kisahnya berdarah
mayat bersepah
laung rakyat penuh amarah
British menjajah
Jepun meludah
Komunis melapah
pada pertiwi yang cekal
kala dahi ditunjal-tunjal
Tapi kini
semua itu seperti
tiada arti pada pandangan
anak bangsa merdeka
negara ini
" Atuk sempat bercerita ... "
Merdeka itu
datangnya bukan senang
datang bukan kerana dagang
carik-carik surat dilayang
orang tak dengar, tak pandang
lagi dihina katanya Malaya ini belum matang
Merdeka itu
cerakin ilmu si pemimpin pertiwi
penuh diplomasi
canai integrasi
disuruh emosi letak ke tepi
demi maruah, ego meninggi
demi merdeka, sepakat termetrai.
Hebatnya Sipemimpin dahulu
Dan atuk juga pernah berkata
Hebatnya
Pahlawan dahulu menentang
musuh mempertahan negara
Tapi hakikat hari ini
sedih melihat anak merdeka
sendiri yang
menjadi tali barut pemusnah
negara
Merdeka itu
lahirnya bukan mudah
pertahan berganda payah
semakin zaman berubah
semakin sejarah dimamah tanah
semakin kita gah
semakin kita pandang renyah
pada hartanya merdeka
pada hartanya jiwa bangsa
pada hartanya bebas suara
pada hartanya bangsa kita!
Malah merdeka bisa luput
Apabila
diri dinyah-patriotismekan
jiwa dijajah idealis moden syaitan
bangsa dituba sumpah sesama insan.
Andai,
pembelot dinomborsatukan
kesatuan dinomborduakan
dan Tuhan di buang dari ingatan.
Rabu, 3 Ogos 2011
I am Pleased
Yeaaa
aku sekarang nie reda
saja dengan apa yang
telah dan akan berlaku
Berberapa hari ini
pelbagai dugaan terpaksa
aku tempuh
kerna pendapat yang
tidak sama
dan juga kehilangan
salah satu barang
kesayangan yang begitu
amat berarti dalam hidupku
Tapi apakan daya
semuanya sememangnya
jelas tertulis
di lembaran kertas takdirku
tak satu bendapun yang
mungkin bisa merubah
kenyataannya....
Tapi sukuralhamdulillah
semua seperti ringan saja
berlalu....
mungkin kerna aku reda
dan percaya itu ketentuan
ILAHI
seperti kata orang tua,
semakin banyak dugaan semakin
sayang dan dekat kita dengan
yang ESA...
dan akau sememangnya percaya itu..
" senyum tak perlu
kata apa-apa "
Selasa, 2 Ogos 2011
Moment
One of the best MOMENT in life is hangout and feel the nature....