Selasa, 31 Mei 2011

Aku Ragu...





Katamu kamu cinta kepadaku selamanya
Katamu kamu rindu kepadaku selalu
Tapi mengapa aku..
  Masih ragu...
Katamu aku ini
cinta terakhir kamu
Katamu aku ini cinta dalam hidupmu
Tapi mengapa aku masih ragu....


Katamu kamu hilang
jika aku pergi
Katamu kamu musnah
jika cintaku punah
tapi mengapa aku
masih ragu....







Mungkinkah aku ini
menjadi satu-satunya
Cinta
yang terakhir kamu dan tak akan
pernah ada cinta yang kedua
yang ketiga
dan cinta lainnya...




Andaikan saja kau mahu
mengerti tentang perasaanku selama ini
yang tak menginginkan kamu
terus merasa
hati di penuhi rasa curiga



Cinta tak pernah
sesakit dan seperih ini
yang ku pinta tulus hatimu
dan bukan keraguan ku..

Isnin, 30 Mei 2011

positive negative



Haaa
kali ini nak buat entry tentang
comment positive negative
tentang Blog saya ni



Yeaaa
Sebagai penulis baru pasti
pelbagai comment yang
saya terima
ada yang membina
dan ada yang saya rasa
ermmm
Terima kasih
sajalah...





Bukannya
saya nie nak tunjuk BAIK
or tak boleh terima nasihat orang
Saya punya prinsip
sendiri yang perlu
di pertahankan
saya tahu
kalau entry-entry saya
sebelum ini
tidak lah sehebat mana pun..
Tapi saya berharap
semua MAKLUM
Tiada manusia yang
baru belajar
akan terus menjadi NO. 1



Tapi sukur laa
ada juga reeder yang
memberikan sokongan
kepada  BLOG ini



Terima kasih sangat
kepada yang memberikan
sokongan kepada BLOG
buruk saya nie...


Tapi
Ada juga yang mencaci
dan tak perlulah saya tunjukkan disini

Insahallah
tunggulah saya
lulus ICT dalam 100 tahun lagi
baru la BLOG ini akan jadi
CANGGIH !!
kalau bab-bab penulisan itu
I'Allah saya akan
belajar lagi...
Bahasa Melayu saya
pun setakat nie BUKAN  A pun..
Sedar diri lah juga....




Tapi ape-ape pun
terima kasih lah atas
KRITIKAN anda..
terus la MENGKRITIK yeeaaa   !!!



dan disini
ingin sekali saya NYATAKAN
Saya Budak Baru Belajar
Kesana Kemari ..




Ermmmm
Tak sangka sanggat
time cuti macam nie
Banyak pula jadual yang
terpaksa di follow...





Terutamanya rabu ini
1. pagi saya ada kelas
2. Saya sebenarnya dah terlanjur janji dangan 
kawan-kawan kelas hari tue
jalan dengan mereka selesai saja kelas tue...
3. Ada perjumpaan tentang projek 
keusahawan yang sememangnya
penting..
4. ada perjumpaan dengan rakan KELANA
tentang Haking kat hutan





So
Klonklusinya hari itu
saya kenalah lari
kesana kemari
untuk  memuaskan
Hati semua pihak..
( Cehh perasan penting
saja aku nie kan ?? )




Walau bagaimanapun
( Beralih keformal pulak ?? )
saya sanggat berpuas hati
sebab tak lah boring
Lepak kat rumah saja
time cuti ni kan ??
sekurang-kurangnya adalah juga
aktiviti  hehehee





Tapi...
disebabkan semua kesibukan
ini lah yyang menyebabkan aku
belum sempat lagi nak date dengan
Si dia...
Ada orang cakap
bila ada orang tersayang ni
mula lah buat entry jiwang
semacam..




Alaahhh
biasalah tu..
coba cakap MANUSIA mana yang
tak buat begitu ??
Seperti entry saya sebelum ini...
sudah lumrah seorang manusia
yang punya hati nurani...
Yang bercakap pun
pastinya sama jua
bila di berada dalam
alam percintaan...
Tapi setahu  saya
saya tak lah sampai melebih-lebih kan ???

Ahad, 29 Mei 2011

Satu Kesedaran
            Seperti Cahaya



Kesedaran bukalah
sesuatu yang boleh kita paksa untuk
lakukan..


Satu Kesedaran mungkin terjadi
apabila setelah sesuatu
perkara yang buruk
mahu pun yang baik berlaku pada
diri seseorang itu....




Kadang kita Tak sedar
bahwa wajah yang selalu tersenyum itu
menyembuyikan 1001 kisah luka
Dan contoh terbaik ialah
kedua orang tua kita..
Pastinya banyak 
yang harus mereka tempuhi
untuk membesarkan kita
hingga kehari ini




Tidak Mengenal Malu
mereka sanggup mengemis kesana
kemari untuk memberikan
satu keistimewaan kepada kita..
Tidak Mengenal Lelah
mereka membanting tulang
mencari sesuap nasi
untuk satu kitaran
kehidupan yang
dipanggil KELUARGA...





Menanggis Dalam Senyap
saat mereka dalam kepayahan
Menyembuyikan segalanya
dari pengetahuan KAU 
wahai anak yang bertuah   !!!




Bayangkan....


Penat lelah mereka selama
ini menyara kehidupan ini
menjadi sia-sia bila kau
Hadiahkan Sebuah kelukaan
dengan perangaimu yang
BODOH itu   !!



Meraung Hati mereka
saat kau buat begitu....
tapi sedarkah kau   ???

Saat itu jua mereka
maafkan KAU
kerna ingin KAU hidup
dalam KEBERKATAN




Sesungguhnya
sekadar doa tidak cukup untuk mereka
sesungguhnya...
air mata tidak dapat mengambarkan
jika KAU hargai mereka ..



Bagaimana ??
itu terletak di hati KAU
wahai manusia yang
bergelar ANAK....

Jumaat, 27 Mei 2011

SAGMEN 50 BLOGLIST BLOGER BARU





Yeaaaa
Sengmen Bersama CKGU !!!
Tadi jalan-jalan
kat dunia blog
dan ternampaklah tentang
contest nie
bila baca syarat-syarat yang dikenakan
nampaknya saya layak untuk
menyertainya !!


KLIK kalau nak join tau !!


Kenapa Nak Join ??..
Contesok why i want to join this contest ?
sebab saye rasa melalui contest nie 
sanggat menarik disamping mendatangkan
keuntungan bagi semua pihak..
Bukannya nak POPULAR
tapi bila ramai follower
macam semanggat pula
nak BERBLOGING nie..   !!

JOM kita sama-sama meriahkan
contest nie !!




oleh itu
saya telah tag kawan saya dalam contest ini...


Khamis, 26 Mei 2011

I'm Back   !!





Yeaaa i'm back
as a BLOGGER !!


setelah sekian lama
aku menyepi tanpa ENTRY
aku kini kembali  !!



Yeaaaa
sekarang cuti semester
pertama telah bermula
Banyak aktiviti
yang telah aku dan rakan-rakan aku
rancangkan sepanjang cuti ini
dan aku berharap semuanya
bisa berjalan lancar..





Ahad, 22 Mei 2011

Kering & Berhabuk ...
( Batukk... ohhokkk !! )





Dah kering dan berhabuk
sanggat BLOG saya nie..
Almaklumlah..
sejak 2 minggu yang lepas
saya sibuk membuat persiapan untuk
EXAM
dan hanya tinggal 3 hari sahaja lagi !!
Tamat lah exam nie..



Sememangnya banyak sanggat
banda yang nak diperkongsikan kepada para
BLOGER sekalian..
tapi sayang masa tak mengizinkan saya
untuk bertandang lama di BLOG saya ini..



I'Allah
selesai sahaja exam pastinya
coretan-coretan akan
saya penuhi di sini !!


GUD LUCK 4 ME GUYS !!!
i fall in love too now..

Sabtu, 21 Mei 2011

" Rick Dari Corona "
Karya Rendra


Saya pasti peminat seni puisi
pastinya pernah dengar 
puisi yang bertajuk
" Rick Dari Corona "
salah satu karya terhebat daripada
pemuisi yang terkenal iaitu
Rendra..



Ya 
Rick dari corona telah disini
dimana engkau Betsy !
-aku lah betsy !
ini aku disini.
betsy wong dari Jamaica.
kakek buyutku dari Hong Kong
suamiku penjaga ELEVATOR


ok itu serba sedikit
rangkap dari puisi tersebut
jika sekali imbas
pembaca akan beranggapan bahawa
puisi ini adalah puisi NAKAL
kerana penuh dengan perkataan-perkataan
nakal seperti TELANJANG dan sebagainya.
Tapi bagi seseorang yang memahami
mesej yang terdapat didalam 
puisi ini pasti akan mengambilnya
sebagai iktibar

Apakah keistimewaan puisi
Rendra ??
-puisi karya-karya Rendra sangat terkenal
kerna berbentuk teater.
selain itu cara penyampaian nya juga sanggat unik !!



Ok puisi ini
akan kami pentaskan ( I'Allah )
sebagai drama Teater pada 27 ini
dan saya telah memegang watak
sebgai BETSY yang gay



HaHaHaaaa
terus terang saya katakan
saya sanggat-sanggat takut untuk
membawa watak ini
selain saya terpaksa menjadi "Gay"
Tetapi,
saya juga akan berpakaian
perempuan
dan saya akan SERU
cabaran ini..


GUD LUCK FOR ME GUY'S !!

Khamis, 19 Mei 2011

Cerita Sedih..


Kadang suratan takdir itu 
Sesuatu yang indah
Dan kadang ia juga sesuatu
yang tidak kita sangka..

        Kadang kita tak percaya dengan apa yang hanya kita dengar, kerna ianya sesuatu yang di luar kewarasan seorang manusia untuk menebak suatu suratan ILAHI..

        Dan aku juga mulanya payah untuk menerima jika dia mungkin akan meninggalkan aku pada bila-bila masa saja. Dan mengikut kesimpulan DR. dia mungkin hanya akan bertahan untuk tiga bulan ini saja lagi. Kehidupannya sekarang banyak bergantung kepada ubat dan takdir. 

         Sanggat pahit untuk ditelan, tapi itulah kenyataan yang harus aku terima. Walaupun hubungan kami baru seumur jagung, tapi keikhlasan sememangnya sudah berputik sejak awal aku mengenalnya dan aku sedia menerima segala kekurangannya. Disebalik raut wajahnya lesu itu, jelas tergambar keperihan yang dia lalui. Dia bukannya berlakon untuk mendapat CINTA SIMPATI dari aku!! Dan untuk apa dia memainkan sesuatu YANG BENDA YANG SERIUS. Dan aku juga bukannya menabur benih cinta palsu !! kerna aku memang benar ikhlas..

Cinta simpati
tidak wujud antara kami
cuma ada keikhlasan

        
        Tapi kedegilannya sentiasa membuat aku dan orang disekitarnya TIDAK SENANG DUDUK. Bekalan ubat yang diberi selalu saja ada alasan untuk dia mengelak memakannya. Itu sering membuat aku gundah saat mengenang dia. Tapi aku bangga kerna dia sentiasa hidup dengan kesenyuman, walau dalam dirinya punya satu cerita yang perih. Dan hati aku sebenarnya menjerit melihat SENYUMANnya yang hambar....


       Semuanya terpulang kepada takdir, hari ini, esok. lusa siapapun bisa di jemputnya. MALAH mungkin aku yang pergi daluhu..

ya Allah..
berikanlah dia kekuatan..
sakit benar rasa hati
bila melihat 
senyumnya yang hambar..
AKU percaya dengan ketentuanmu...




Sabtu, 14 Mei 2011

Lumrah Manusia





Sememangnya sudah lumrah manusia
di ciptakan dengan sebentuk hati
yang di lengkapi dengan pelbagai
perasaan


Benci, Marah, Hiri
Dan semestinya CINTA



Seperti kisah adam dan hawa
Merupakan cinta Pertama dalam
sejarah kehidupan manusia



Tapi bezanya manusia sekarang
ialah bercinta kerana
NAFSU dan bukannya kerana
Kasih yang ikhlas



Seharusnya Kisah cinta adam dan hawa
itu menjadi Contoh pada
anak muda hari ini



Seperti aku,
AKU pernah putus cinta
dan saat itu aku merasa
sudah tidak percaya dengan cinta
seolah-olah hilang kepercayaan
Tapi aku lupa
bahawa manusia lahir kerna cinta
dan punya hati yang penuh dengan rasa
cinta kerna rasa benci
hanyalah hasutan syaitan semata
Percayalah SEBENARNYA manusia itu
sungguh mulia
ini terbukti kerna telah
dinyatakan didalam Al-quran
itu sendiri bahawa manusia itu mahluk tuhan yang
paling mulia daripada mahluk lain ciptaan-Nya



Dan
aku juga pernah berkata
" aku tidak mahu bercinta dahulu.."
Tapi kini
seorang gadis
telah berjaya menarik perhatiaanku
dan telah membuat
hariku penuh dengan keceriaan
ini membuktikan
rasa cinta itu tidak bisa dihalang
dan kehadirannya tidak boleh diramal




Sebenarnya cinta
itu satu lumrah yang besar
dalam kehidupan manusia
dan sentiasa membawa keajaiban
dan cinta yang paling mulia ialah
cinta kepada Allah S.W.T.



Khamis, 12 Mei 2011

Rasa Yang
            Kembali..






Akhirnya..
setelah kecewa dangan cinta lamaku
aku kembali berdiri
dengan Cinta baru
yang diharap Kekal Lama
kerna aku sememangnya
seorang yang menganggap serius sesebuah
pecintaan..






Bagaimanapun
11 may begitu indah
buat aku
Sukuralhamdulillah kerna
ENGKAU telah mempertemukan
aku dengan dia
yang diharap menjadi
pendorong saat aku lemah
dan bukan menjadi sebab 
kegagalan aku

Followers Ke-200  !!




Want to no who is
HER ??? Klik !!



Thanks a lot too her..
and all the best followers !!
thanks sebab anda menyokong PAGE
saya yang tak seberapa ini



Ahad, 8 Mei 2011

Ibu Kau Yang Satu




SERIBU PUISI di dunia ini
Tak bisa mengambarkan
beteapa besarnya Pengorbananmu



Kasihmu tidak pernah kurang
malah selalu bertambah untuk kita
sekeluarga..



Begitu teliti kau sediakan
persiapan untuk hari-hari KU
hampir sempurna kau
hiasan hariku



Senyummu sentiasa mekar
dan itu yang aku ingin
tak ku mahu tatap
wajahmu sayu




Terima kasihku padamu
Ibu....

Sabtu, 7 Mei 2011

Sejarah Hari Ibu





JANGAN SAMBUT HARI IBU Hari ibu yang disambut pada 21 haribulan Mac setiap tahun telah diterima oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali negara-negara Islam sepertii Malaysia. Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam, tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Maka berbagai ucapan dan ungkapan diluahkan kepada siibu yang kadang-kadang si anak hanya berkesempatan bertemu dengannya dua atau tiga kali setahun. ASAL USUL HARI IBU Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan. Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia. Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ? Terjemahan oleh webmaster dari History of Mothers Day
by: Suisz Akmal


Ermmm..
Serius !!
Saya sendiripon terkejut bila baca maklumat
yang dikongsikan oleh seorang kawan ini


percaya tak percaya tue
memang sukar nak CAKAP
ye la kita pon sebenarnya
memang tak tahu menahupun tentang sejarah
benda nie
dan jujur saya juga agak meraguinya



Tapi
saya berangapan
jika ingin menunjukan kasih sayang
terhadap ibu, kita tak perlu
menunggu hari ibu semata-mata.
malah pada hari-hari dan detik lain juga kita
juga wajib menyayangi ibu kita
kerna ibu
hanya satu untuk setiap insan...




Jika salah
jangan lambatkan
panjatkan tanggan mu
pohon maaf dari kedua mereka
sayangi dan hargailah mereka selagi
kita berpeluang
takkan tampak dunia ini jika tidak
disebabkan pengorbanan
mereka 






I Love u MOM !!
I Love U Dad !!
doaku selalu untuk kalian.....


Ayah Dan Ibu 

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Jumaat, 6 Mei 2011

Exam !! 


Yeaaaaa
exam lagi....
start 10 -25 Mei 2011


AHHhhhhh  !!!
Pecah kepala otak nak
study ...


Oleh itu...
Aku terpaksa mengurangkan
masa untuk berblog and berFB 
buat masa sekarang ini..

Almaklum laaaa
saya terpaksa 
FOKUS dengan exam kali ini..



Gud Luck for me !!!!


Gilak - Gilak Contest !!


               Salam Bloger !!!  Yeaaa  !!! akhirnya menjadi juga saya nak buat contest nie... Sebenarnya lama ssudah saya nak contest nie.. heheee... Akhirnya kali ini menjadi lah harapnya...


Syarat Contest !!
Macam biasa
1. kena la follow blog saya nie... ( hehehe )
2. Anda kena sediakan 1 pic sama ada awak seorang atau 
dengan family ke, or bleh juga dengan rakan anda !!
dalam pic tue korang kena tunjukan korang punya HAPENING !!
hahahaaa
namapon gilak-gilak kan ??
selain itu, korang kena edit pic korang tue
dengan letak perkataan
 " gilak-gilak contest !! "
3. korang kena tag 3 orang rakan anda yang lain dan makesure
mereka tahu tentang contest ini tau !!


Hadiah !!

Hadiah istimewa untuk SEORANG PEMENANG SAHAJA
dan jika mendapat sambutan
yang hangat dari semua....
hadiah akan di tambah !!!



tarikh luput !!!
1-6-2011
ermmm lama lagi kan ???
masih ada masa !!!


jangan lupa !!!
tinggalkan LINK POST anda di ruangan 
Comment contest ini
agar memudahkan saya untuk menjenguk blog anda...



SELAMAT BERCONTEST  !!!